Kelab Ketamadunan Islam atau lebih dikenali sebagai ICC ditubuhkan bertujuan memperkasakan agenda dakwah yang telah dimulakan oleh Rasulullah SAW. Dimana ICC ingin mencetus satu gelombang perubahan yang mampu merubah pemikiran mahasiswa/i kepada pemikiran minda kelas pertama disamping membina modal insan yang berkualiti bukan hanya pada agama tetapi juga pada nusa dan bangsa.
ICC mula ditubuhkan pada 1 Januari 2007 yang telah dikemudi oleh 10 orang ahli jawatankuasa dan menerima penyertaan seramai 54 orang ahli. Kemudian ICC terus menggorak langkah dan terus mendepani pelbagai mehnah untuk menjadi satu entiti. Setelah 3 tahun penubuhannya, ICC menunjukkan kematangan dari segi kepimpinan dan pengurusan organisasi.
ICC tidak hanya menumpukan kepada program-program yang berbentuk kerohanian tetapi juga yang berbentuk intelektual dan material. Dengan tertubuhnya lajnah perancang ekonomi yang giat menjalankan gerak kerja keusahawanan, langkah ICC semakin panjang kerana dana yang dikumpul mampu menanggung liabiliti kewangan kelab. Langkah ICC turut dibantu oleh lajnah Hal Ehwal Wanita dan Bukan Islam yang mampu mengembangkan lagi pengaruh ICC di kalangan mahasiswi termasuk golongan bukan islam.