Aidilfitri merupakan hari yang ditunggui oleh umat Islam di seluruh pelosok dunia. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah di bulan Ramadhan, kewajipan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan.
Selepas mengharungi getir menahan diri daripada lapar dan dahaga serta segala pantang larang RAMADHAN, umat Islam pada hari pertama SYAWAL DIHARAMKAN BERPUASA, malah diarahkan bergembira – dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan membesarkan ALLAH dengan takbir, tahmid dan tahlilnya semata-mata bagi mensyukuri pengembalian kepada fitrah secara beramai-ramai.
Ya, kerana kalimah FITRI itu sendiri bermaksud FITRAH, iaitu dengan kejayaan seorang muslim selama sebulan menempuh tarbiah RAMADHAN yang akhirnya mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar di mana fitrah asal sebenarnya adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda dan dosa. FITRAH yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan amalan-amalan rohani. Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari dimana ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan RAMADHAN mendapat jolokan AL-JAIZAH, iaitu hari mendapat ganjaran.
Bertakbir
Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui tarikh hari raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari sehingga imam datang untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“ Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN), supaya kamu membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan juga bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.
Lafaz Ucapan Selamat Hari Raya
Dinyatakan dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA (Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)
Beribadat dan berdoa di Malam Aidilfitri
Kita telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan kebiasaan bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum subuh pada pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk SUJUD membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam yang doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat”
PADA HARI RAYA
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT, HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”
Bersarapan juga adalah sunnah di pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan beberapa biji buah kurma”
Lihatlah betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!
Berpakaian indah
Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di dalam kitabnya berkata
” Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi BERSEDERHANA dalam berpakaian.
Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya
Hadis Nabi s.a.w:
“Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan.”
Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh, naik kereta pun tiada masalah. Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
Hikmah berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang lain dan mengucapkan tahniah sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia juga bagi membanyakkan saksi atas ibadah kita. Biar setiap langkah kita di saksikan sebagai ibadah.
Membawa bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a, mengisahkan:
“Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh daripada tempat solat.”
Menyegerakan pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban.
Mengerjakan solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah kiranya kita meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah kita mendengar khutbah sehingga selesai.
Puasa 6 hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”
Top Navigation Menu
Rabu, 7 Ogos 2013
Jumaat, 26 Julai 2013
Peristiwa dan Sejarah Nuzul Quran
Peristiwa Nuzul Al-Quran
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
Al-Qur’an adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)
Sejarah Penurunan Al-Quran
Peringkat 1 :
Turun ke Loh Mahfuz dengan jumlah yang satu.
Peringkat 2 :
Turun ke Baitil Izzah di Langit Dunia dengan jumlah yang satu.
Peringkat 3 :
Turun dari Langit Dunia ke bumi ( Nabi Muhammad saw ) secara berperingkat – peringkat dalam tempoh 23 tahun.
- Turunnya al Quran dari Loh Mahfuz ke Baitil Izzah di Langit Dunia inilah yang berlaku pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan al Mubarak.
Sumber:
Jumaat, 5 Julai 2013
10 cara sambut Ramadhan
Bermacam-macam gelagat manusia apabila datangnya Ramadhan. Ada di antara mereka yang menyambut bulan Ramadhan dengan rasa yang berat,maklumlah terpaksa meninggalkan makan dan minum lebih-lebih lagi rokok,ada juga yang sambut Ramadhan dengan tidur sahaja,ada yang tak tahu apa yang perlu dibuat untuk menghabiskan 13 jam berpuasa,ada yang tidak ada langsung amalan-amalan soleh untuk mendapat kelebihan beribadah di bulan Ramadhan,ada yang menghabiskan masa berjam-jam di depan kaca TV dengan pelbagai program halwa mata dan telinga,ada yang menghabiskan malam yang panjang dengan berbual-bual kosong,ada yang menyambut Ramadhan dengan membazirkan makanan dan minuman seolah-olah Ramadhan adalah bulan makan bukan bulan puasa dan macam-macam lagi.
Tetapi bagi orang yang dipilih oleh Allah s.w.t dan dikurniakan kepada mereka kebaikan yang banyak,yang boleh membezakan antara benar dan salah,hak dan batil, mereka menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan kerana mereka melihat peluang keemasan yang disediakan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambanya di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan dosa,bulan rahmat,bulan pelepasan dari api neraka.
Sabda nabi s.a.w:
«أتاكم رمضان، شهر مبارك، فرض الله عليكم صيامه، تفتح فيه أبواب الجنّة، وتغلق فيه أبواب الجحيم، وتغل فيه مردة الشياطين، لله فيه ليلة خير من ألف شهر، من حرم خيرها فقد حرم» [رواه النسائي وصححه الألباني].
Maksudnya;
“telah datang kepada kamu Ramadhan,bulan keberkatan,Allah telah fardukan kamu berpuasa,dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka,dibelenggu syaitan-syaitan,demi Allah, padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan,sesiapa yang tidak mencari kebaikannya sesungguhnya diharamkan baginya kebaikan’. (riwayat an-Nasa’ie disohihkan oleh al-Albani)
Dari keterangan hadis nabi s.a.w mereka mengetahui kelebihan,kemenangan dan keuntungan bulan Ramadhan,maka mereka ingin merebut peluang keemasan tersebut supaya mereka tidak menyesal di Hari Akhirat nanti kerana melepaskan dan mensia-siakan Ramadhan.
Firman Allah s.w.t :al-Fajr:24
{يَا لَيْتَنِي قَدَّمْتُ لِحَيَاتِي}
Maksudnya
“ ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau Aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!"
Firman Allah s.w.t :al-mukminun:99-100
رَبِّ ارْجِعُونِ لَعَلِّي اَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْت
Maksudnya:
99. kesudahan golongan Yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) -
100. "Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
Oleh itu sebagai muslim yang tahu dengan kehebatan yang dibawa oleh Ramadhan, maka perlu menyambut Ramadhan dengan perkara-perkara berikut;
1- Bertaubat Nasuha
Bertaubat daripada dosa adalah wajib setiap waktu dan ketika,tapi dalam bulan Ramadhan ia adalah lebih wajib,sesiapa yang tidak bertaubat pada bulan Ramadhan bila lagi nak bertaubat?
Firman Allah s.w.t ; an-Nur ;31
“dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya”.
Wahai orang yang melambatkan taubat ! adakah taubat untuk kamu ada tarikh luput?maka kamu melambatkan taubat sehingga tarikh tersebut, tidak…kita tak tahu bila kita akan mati…segerakan taubat anda, jangan sekali-kali mengatakan; “insyaallah masuk bulan ramadhan nanti aku taubatlah..”adakah kita akan hidup di bulan Ramadhan ini? Belum pasti…oleh itu taubat sebelum kita melangkah masuk Ramadhan, pastikan kita melangkah masuk dengan hati yang bersih daripada dosa.
2- Melakukan segala amalan ikhlas kerana Allah
Jika hendak beramal pastikan ikhlas, jika tidak, apa yang dilakukan akan menjadi sia-sia.
Firman Allah s.w.t:al-Kahfi:110
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu; oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Firman Allah s.w.t:al-Bayyinah:5
“pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah Dengan mengikhlaskan Ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. dan Yang demikian itulah ugama Yang benar”.
3- Berdoa supaya Allah s.w.t memanjangkan umur sehingga boleh hidup di bulan Ramadhan tahun ini dengan sihat walafiat sehingga boleh melakukan amalan puasa,taraweh, tilawah al-Quran, zikir dan amalan-amalan yang lain dengan baik dan sempurna
Anas bin Malik menceritakan bahawa nabi s.a.w apabila masuk bulan Rejab baginda berdoa;
(اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان) riwayat Ahmad dan tobrani.
Maksudnya;
‘Ya Allah ! berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan kami kepada bulan Ramadhan’.
Apabila sudah berada dalam bulan Ramadhan, maka berdoalah;
(الله أكبر، اللهم أهله علينا بالأمن والإيمان، والسلامة والإسلام، والتوفيق لما تحب وترضى ربي وربك الله)
Maksudnya;
‘Allah maha besar, ya Tuhanku!,jadikan Ramadhan bulan keamanan,iman,keselamatan,penyerahan diri kepada Allah dan taufiq bagi apa yang engkau suka dan reda,tuhanku dan tuhanmu ialah Allah s.w.t. (riwayat at-Tirmizi dan ad-Darimi)
4- Memuji dan bersyukur kepada Allah bila dapat hidup di bulan Ramadhan.
Imam an-Nawawi menyebut di dalam kitab al-azkar; “ketahuilah bahawa digalakkan kepada sesiapa yang memperolehi nikmat dan selamat dari bencana untuk sujud syukur kepada Allah s.w.t, sebesar-besar nikmat ialah Allah memudahkan kita untuk melakukan ketaatan kepadanya, maka apabila tiba bulan Ramadhan dan kita diberi nikmat kesihatan untuk melakukan amal soleh, ini merupakan nikmat yang besar yang sewajarnya disyukuri”.
5- Bergembira dengan kehadiran Ramadhan, ini adalah sunnah kerana nabi s.a.w apabila tiba bulan Ramadhan maka baginda menyampaikan kepada sahabat berita gembira tersebut seperti sabda nabi s.a.w;
: (جاءكم شهر رمضان، شهر رمضان شهر مبارك كتب الله عليكم صيامه فيه تفتح أبواب الجنان وتغلق فيه أبواب الجحيم...)
Maksudnya;
“ telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan Ramadhan bulan berkat,Allah memfardukan kamu berpuasa padanya,dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka…”. (riwayat Ahmad)
Sesungguhnya para ulama salafus soleh dari kalangan sahabat dan tabi’in amat prihatin dengan bulan Ramadhan dan sangat bergembira dengan kehadirannya, apakah ada kegembiraan lain yang lebih hebat daripada ketibaan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan dari Allah s.w.t.
6- Keazaman dan perancangan untuk meraih sebanyak mungkin pahala dan keberkatan di bulan Ramadhan. Sangat menyedihkan ramai dari kalangan orang Islam mempunyai perancangan yang rapi untuk urusan dunia tapi terlalu sedikit yang merancang untuk akhirat, semua ini hasil daripada kejahilan mereka dengan agama dan sifat lalai dengan pesona dunia. Seorang muslim perlu merancang kehidupan bulan Ramadhan dengan teliti samaada waktu siang atau waktu malam.
7- Mengetahui dengan mendalam hukum hakam berkaitan puasa, kerana seorang muslim perlu melakukan ibadah dalam keadaan ada ilmu mengenai ibadah tersebut, oleh itu seorang muslim perlu dan wajib tahu masalah-masalah puasa dan hukum hakamnya sebelum ketibaan Ramadhan supaya puasanya diterima oleh Allah s.w.t.
8- Persediaan jiwa dan roh melalui pembacaan dan kajian kitab-kitab,buku-buku, majalah-majalah, kaset-kaset dan vcd agama yang berkaitan dengan puasa dan kelebihannya untuk memotivasikan diri untuk melakukan yang terbaik di bulan Ramadhan.
9- Mengingati fakir dan miskin dan memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat.
10- Menyambut Ramadhan dengan membuka lembaran baru besama;
-Allah s.w.t dengan bertaubat nasuha kepadanya
-Nabi s.a.w dengan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang
-Ibubapa,isteri,anak-anak dan kaum kerabat terdekat dengan menghubungkan silatur rahim.
-Masyarakat setempat dengan menjadi seorang manusia yang sangat berguna kepada manusia lain . Sabda nabi; “ sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak manfaat kepada manusia”.
Mudah-mudahan kita diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dan diberi taufiq dan hidayah juga kekuatan untuk menghidupkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan yang sudah pasti pahalanya digandakan oleh Allah s.w.t.
Mudah mudahan dapat manfaat
Hassan Basri Bin Hj Abdullah
Peringatan bagi yang lalai
sumber: http://usthassanbasri.blogspot.com/
Jumaat, 28 Jun 2013
Tanggungjawab Seorang Anak Terhadap Ibu Bapa
Assalamualikum w.b.t,
Masih terngiang2 di fikiran akan khutbah yg disampaikan oleh seorang ustaz di masjid Saidina Abu Bakar, Taman kenari, kulim, kedah yg bertajuk "Si Tanggang Moden". Khutbah yg disampaikan dngn penuh semangat menggamit suasana yg pd ketika itu agak sejuk dan sesuai untk melelapkan mata.Mngkin ada yg beranggapan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa merupakan perkara mudah di mana perkara tersebut kita belajar dari kecil hinggalah dewasa. Di sekolah, di masjid2 dan di mana2 pusat pengajian sering diajar, diberi peringatan betapa pentingnya tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.Namun, persoalan yg bermain di minda manusia pada masa kini mengapa masih ada manusia yg gagal dalam erti kata menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa?Disebbkan atas tanggungjawab sy sebagai seorang muslim ingin berkongsi serba sedikit tentang "Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa".
Masih terngiang2 di fikiran akan khutbah yg disampaikan oleh seorang ustaz di masjid Saidina Abu Bakar, Taman kenari, kulim, kedah yg bertajuk "Si Tanggang Moden". Khutbah yg disampaikan dngn penuh semangat menggamit suasana yg pd ketika itu agak sejuk dan sesuai untk melelapkan mata.Mngkin ada yg beranggapan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa merupakan perkara mudah di mana perkara tersebut kita belajar dari kecil hinggalah dewasa. Di sekolah, di masjid2 dan di mana2 pusat pengajian sering diajar, diberi peringatan betapa pentingnya tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.Namun, persoalan yg bermain di minda manusia pada masa kini mengapa masih ada manusia yg gagal dalam erti kata menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak terhadap ibu bapa?Disebbkan atas tanggungjawab sy sebagai seorang muslim ingin berkongsi serba sedikit tentang "Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa".
Ibu bapa merupakan insan yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Ibu telah mengandungkan seorang anak selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudian melahirkannya. Bapa pula bekerja untuk mendapatkan wang bagi menyediakan keperluan asas kepada keluarga. Sesungguhnya, jasa ibu bapa amat besar kepada diri kita. Setelah meningkat dewasa, sewajarnya anak-nak melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Ibu bapa.
Tanggunglawab anak yang pertama ialah memberikan kasih sayang kepada ibu bapa. Semasa kecil anak-anak disayangi oleh ibu bapa dengan sepenuh hati dan kini sampai masanya, anak-anak pula menyayangi ibu bapa dengan sepenuh hati. Kasih sayang kepada ibu bapa boleh ditunjukkan melalui ucapan, perlakuan dan pemberian hadiah. Sewajarnya anak-anak memberikan hadiah kepada ibu b'apa semasa sambutan Hari Ibu dan Hari Bapa. Anak-anak juga boleh membawa ibu bapa ke restoran atau kedai-kedai makan tertentu pada setiap minggu dan ini pastinya akan mengeratkan lagi ksih sayang dalam keluarga.
Setelah bekerja, anak-anak sewajamya memberikan wang kepada ibu bapa bagi menyara kehidupan mereka. Dengan wang yang diberi, ibu bapa dapat membeli keperluan harian atau mengumpul wang tersebut sebagai tabungan. Sesungguhnya, perbelanlaan yang dikeluarkan oleh ibu bapa amat banyak untuk nmmbesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak-anak. Oleh demikian, anak patut memberikan sedikit wang gaji mereka kepada ibu bapa sebagai tanda terima kasih di atas jasa mereka. Sebenarnya ibu bapa tidak mengharapkan sangat pemberian wang kepada anak-anak kerana apa yang lebih penting bagi ibu bapa ialah melihat anak-anak mereka berjaya dan bahagia dalam kehidupan.
Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa seterusnya ialah mendapatkan rawatan jika ibu bapa sakit. Memang menjadi lumrah bagi setiap manusia apabila usia mula meningkat maka kita akan mudah diserang penyakit. Oleh itu, jika ibu bapa sakit anak mesti menghantar ibu bapa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Anak juga sewajarnya menanggung kos rawatan ibu dan bapa mereka. Jika anak-anak mampu, belilah insurans perubatan bagi membiayai kos perubatan ibu bapa apabila mereka sakit.
Keselamatan ibu bapa juga perlu diberi perhatian oleh anak-anak. Jika anak-anak tinggal berjauhan dengan ibu bapa, pastikan tempat tinggal ibu bapa selamat daripada sebarang ancaman. Dalam zaman sekarang ini, banyak berlaku kes rompakan terhadap golongan tua. Anak-anak wajar menasihati ibu bapa agar tidak membiarkan pintu rumah sentiasa terbuka kerana ditakuti pencuri akan masuk ke rumah. Selain itu, anak-anak juga patut menasihati ibu bapa agar berhati-hati semasa berada di jalan raya kerana kemalangan boleh berlaku tanpa diduga.
Wallahua'lam
ARTIKEL:
MUHD SHAIFUL AIZAT B. HEDZIR
PRESIDEN
ISLAMIC CIVILIZATION CLUB UNIKL MICET
PRESIDEN
ISLAMIC CIVILIZATION CLUB UNIKL MICET
Ahad, 23 Jun 2013
Ikhtilat ; Defini & Hukum Sekitarnya
Ikhtilat
Semua sedia maklum, Allah berfirman di dalam al Quran sekira-kira maksudnya:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” (Israaa : 32)
Kawan-kawan, salah satu agenda kuffar untuk merosakkan Islam itu, ialah memusnahkan pemuda-pemudi Islam. Bila rosakknya pemuda-pemudi Islam, dalam tempoh masa mendatang akan memincangkan masyarakat Islam. Salah satunya ialah menyuntik virus pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa sepadan Iman dan Taqwa. Bila dah bebas, yang selalu meransangkan dan menghangatkan lagi kegersangan jiwa pemuda-pemudi ialah syaitan. Maka, berlakulah apa yang tak sepatutnya berlaku.
Islam menutup apa jua jalan untuk menuju kepada perzinaan. Ayat ini, hendaklah selalu kita dengarkan kepada pemuda-pemudi sekarang, agar selalu memperingati akan peringatan Allah SWT.
Hamba Allah yang baik, antaranya adalah selalu menginsafi diri. Silap langkah dalam kehidupan, kembali kepada jalan hidayah. Istighfar selalu. Manusia yang jauh dari hidayah Allah, bila melakukan dosa tak merasai titik hitam di hati. Hamba Allah yang disukaiNya, bila lakukan dosa kembali bertaubat.
DEFINISI IKHTILAT MENGIKUT BAHASA
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.
DEFINIS IKHTILAT MENGIKUT ISTILAH SYARIAT
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah : Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut : Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah ; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
IKHTILAT MENJADI HARUS APABILA...
Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ yang masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:
Pertama: Harus kerana terpaksa (dhorurah) Ikhtilat yang berlaku kerana terpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hukum ini kedaaan-keadaan dhorurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf lelaki itu menemaninya. Antara contoh dhorurah yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut .
Kedua: Harus kerana keperluan (hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
1.Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) danmemelihara adab-adab pergaulan.
2.Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman . Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalamsemua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari . Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
3.Ikhtilat kerana menjadi saksi . Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya.Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
4.Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar . Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
5.Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagiwanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).
6.Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya . Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bererti bahawa orang Ansar dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
7.Ikhtilat dalam kenderaan awam . Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin duduk atau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarie.
8.Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad . Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah . Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
9.Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat . Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agamakerana Bukhari meriwayat kan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
10.Ikhtilat dalam suasana yang teiah menjadi adat kebiasaan . Tersebut dalam kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti ini akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi.
> Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat.
> Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan.
> Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
> Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.
Jumaat, 21 Jun 2013
MENGENALI BULAN SYAABAN & MALAM NISFU SYAABAN
Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
- PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
- MALAM NISFU SYAABAN
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: “Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
- FADHILAT BULAN SYAABAN
- Memperbanyakkan puasa sunat
- Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
- Bertaubat
- PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Khamis, 6 Jun 2013
Bersama Menghayati Peristiwa Agung Israk Mikraj
Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.
Sekiranya kita dapat menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa penting ini, kebarangkalian besar kita mampu mengelakkan diri kita daripada melakukan kemungkaran yang dilarang oleh Allah SWT dan berlumba-lumba untuk melakukan perkara-perkara kebaikan yang diperintah oleh Allah SWT. Peristiwa Israk Mikraj juga, untuk menguji umat Islam bahawa adakah percaya atau tidak akan peristiwa tersebut.
Orang kafir quraisy Makkah di zaman Nabi Muhammad SAW langsung tidak mempercayai peristiwa itu, malahan memperolok-olokkan baginda sesetelahnya bercerita kepada mereka dan ramai di kalangan umat Islam ketika itu murtad kerana tidak mempercayai peristiwa Israk Mikraj baginda SAW dalam tempoh masa yang singkat berlakunya dan tidak masuk akal. Tinggallah segelintir umat Islam yang keimanan mereka tinggi dan teguh yang membenarkan serta mempercayai peristiwa yang dialami oleh baginda SAW.Pensyariatan kefardhuan solat lima waktu sehari semalam merupakan pensyariatan secara langsung daripada Allah SWT kepada Rasulullah SAW berbanding pensyariatan Islam yang lain dengan perantaraan Malaikat Jirail AS dan sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)




.jpg)
.jpg)



.jpg)
.jpg)