Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Jumaat, 12 Mac 2010

Novel (Bab 2)

BAB 2


“What are you crazy?” Firdaus terkejut.

“Yes I’m crazy. But that thing always disturb me, believe me Daus.” Ain menongkat kepala dengan kedua-dua tangannya. 

“Ain.. kalau kau terus macam ni. Aku rasa benda tu lagi suka kacau kau.” Zafirah mencelah.

“Tapi aku dengar Pak Rahim tu pandai mengubat orang macam aku ni.” Kedua-dua mata Ain kelihatan lebam.

Macam mana aku nak bagi tahu kat dia ni.. ish.. benda-benda macm ni tak patut berlaku. Bukannya menyembuhkan penyakit, menambahkan penyakit lagi adala. Jin dilawan dengan jin. Jin plus-plus jadinya..

Sepanjang minggu tersebut Firdaus berhempas pulas memberi nasihat dan berlawan dengan jin di dalam mimpinya. Apa yang diperlukan cumalah kekuatan spiritual untuk menghadapi jin tersebut.




Walau bagaimanapun, Firdaus perlu menjalani minggu-minggu menyesakkan di mana dia akan berada di Micet selama 10 minggu dan akan didedahkan dengan pengajian yang terdapat di situ. Chemical Proses, Polymer, Bioproses, Enviroment, Biosystem dan Food. Minggu tersebut mereka disuruh oleh En. Tengku untuk melakukan experiment Waste Water Treatment.

SUASANA tenang sahaja, kelihatan seorang anak muda terapung-apung.

“Siapa kau?”

“Akulah tuhan” kata Jin dengan sombong

“Apa buktinya kau adalah tuhan?” tanya Daus sebaik sahaja jin itu mengaku dirinya sebagai tuhan.

Kemudian jin tersebut menunjukkan pergerakan alam cakerawala, kononnya pada hari pertama alam diciptakan. Semua bagaikan televisyen yang menggunakan “touch screen technology”. 

“Sekarang kau percaya aku tuhan?” kata Jin tersebut dengan angkuh sekali.

“Tak, kau ni Jin” kata Firdaus dengan lantangnya. 

“Kau, betul” kemudian dia kembali turun menjejakkan kakinya ke dasar lantai dunia Maya. Kemudian dia menerangkan sesuatu dengan Firdaus. Firdaus beristighfar mengingati Allah dan dia terus tersedar dari mimpi.

“Kenapa Daus?” Tanya Yazid. Dia tahu setiap kali Daus terkejut pagi. Dia mesti solat tahhajud. Selepas itu pasti badannya berpeluh-peluh.. 

“Jumpa Jin lagi ke?” Firdaus menganggukkan kepalanya.

Hari ini En Tengku memberi tugasan untuk menyelesaikan “waste water treatment”. Lepas eksperimen, aku nak balik rumah la. Apa khabar agaknya si Jamilah kat rumah tu. Entah kena dera ke apa ke.. Ish.. macam mana la aku boleh mengaku dia sebagai bini aku.. Entah-entah dia bidadari yang aku nanti-nantikan..

Ish.. mengarut aja..

“Wah, mak sedapnya lauk mak masak hari ni” 

Semua orang yang berada di meja makan diam sahaja.

“Kenapa istimewa sangat lauk mak hari ni? Kalau macam ni mak, tiap-tiap minggu saya sanggup balik. Kerja berlambak pun saya balik. Tapi kenapa spesial ni mak?” Firdaus ibarat bercakap seorang diri.

“Oh.. sebab mak nak sambut anak istimewa mak ni ek?” pertanyaan Firdaus tidak dijawab sepatah pun oleh ibunya, persoalan demi persoalan tersebut dibiarkan begitu sahaja. 

“Abang, makan je lah..” si kecil Sofea memberi isyarat diam. Sofea perasan bahawa Jamilah malu mendengarkan percakapan tersebut

Eh, kenapa ni? Jarang sekali nak tengok diorang ni makan sekali. Kenapa arini 3 kali makan pun, sama-sama jugak… 

Banyak pertanyaan yang timbul sejak Jamilah menjadi sebahagian ahli keluarga tersebut

Sofea, dulu banyak cakap, sekarang dah diam. Karim selalu jadi pembangkang pun tak berbunyi dah. Radio tiap pagi bertukar menjadi muzik lembut. Mak dengan abah tengok sesi motivasi pagi. 

Pelik.. apa yang dah jadi ni.??

Firdaus kembali ke kampusnya untuk menghabiskan minggu terakhir, iaitu minggu lawatan industri. Di mana mereka perlu melawat beberapa kilang di utara semenanjung tanah air. 

Malam sebelum lawatan, mereka mengadakan jamuan perpisahan. 

Dia termenung melihat gelagat rakan-rakannya yang gembira, seperti buat “Camp Fire” lagaknya. Dalam masa yang sama badanya semakin letih. Sesudah berborak, Firdaus kembali ke biliknya untuk berehat. Malam tersebut adalah detik-detik indah mereka bersama.


You are my sun shine
my only sun shine,
you make me happy when sky are grey,
you never know dear how much I love you,
please don’t take my sun shine away.
The other night dear, 
when I lay sleeping. 
I dreamt I held you in my arm. 
When I awoke dear, 
I was mistaken so hung my head and cried. 
Please don’t take my sun shine away.


Firdaus memainkan semula lagu lagu kesukaan Jamilah. Acap kali dia terdengar Jamilah menyanyi di beranda rumah dengan di temani juraian air mata yang di saksikan bulan dan bintang. Jamilah sering menyanyikan lagu itu. Mendayu-dayu bunyinya seperti teringatkan sesuatu. “Apa yang istimewanya dengan lagu ni buat Jamilah? Firdaus memikirkanya sehingga dia tertidur.

Suasana begitu tenang sekali. Tiba-tiba seekor monyet emas melintas di depannya. “Dugaan apa pula kali ini?” Firdaus berbisik di dalam hati. Monyet kecil seolah-olah cuba menunjukkan sesuatu. Firdaus mendekati monyet tersebut. Sebaik sahaja dia mendekati, monyet itu menyeringai menunjukkan giginya yang tajam.

Monyet yang lain datang, masing - masing berbadan besar dan semuanya bagaikan menjerit-jerit menyatakan ketidak puasan hati kepadanya. Tiba-tiba suasana bertukar sepi, disusuli dengan kehadiran satu monyet emas yang agak tua. Badanya lebih besar berbanding yang lain.

“Kenapa kamu semua ganggu aku? Aku tak kacau kamu semua?” tanya Firdaus.

“Kau tak kacau kami?” kata-kata tersebut diakhiri dengan ketawa sinis, suaranya garau sekali.

“Apa maksud kau wahai jin laknatullah.” Firdaus mulai marah, dia terasa seolah-olah dipermainkan oleh Jin tersebut.

“Ilmu yang kau belajar ada kaitan dengan kami. Manusia cuba untuk sealiran dengan kami. Jadi kita dalam bidang yang sama. Tak salah kalau kita bertegur sapa?” Jin tersebut semakin menghampiri Firdaus.

“Dunia kau berbeza dengan dunia aku. Janggan ganggu aku. Dunia kita jauh berbeza” Firdaus menepis tangan monyet tersebut. Tetapi jin tersebut merayu-rayu mendesak Firdaus supaya berkerjasama dengan dia dan terima dia sebagai hamba.

Tanpa berlengah lagi, Firdaus meninggalkan kumpulan monyet tersebut. Semakin laju Firdaus lari, emakin laju mereka mengejar. Seekor dapat melompat ke belakang Firdaus. Firdaus tidak menoleh ke belakang, dia hanya menepis-nepis agar monyet tersebut jatuh sambil dia berlari-lari untuk melepaskan diri. Dalam masa yang sama, ada cermin di hadapan beliau, yang membolehkan Firdaus melihat rupa jin yang mengerikan berpaut di badannya. Tetapi dia enggan melihatnya, memandangkan tangan yang terjulur dari belakang dia itu sudah cukup untuk menerangkan bagaimana rupa jin tersebut.

Firdaus sudah tidak berdaya lagi untuk berlari. Dia berharap sangat dia terjaga dari mimpi. Dia bertenang seketika sambil mengharap bantuan dari Ilahi. Lalu dia mengucapkan Syahadah. Sebaik sahaja beliau mengucapkan Syahadah, Firdaus terjaga dari tidur. Badannya basah dengan peluh. Firdaus mengucapkan syukur kepada Ilahi, membuat isyarat meludah sebanyak tiga kali diikuti dengan doa, lalu beliau mengambil tuala pergi membersihkan diri sebelum menunaikan solat sunnat.

Semasa sampai di Uitm Arau, Firdaus dan rakan-rakan lelakinya ditempatkan di blok hostel perempuan yang kosong, sementara pelajar perempuan pula ditempatkan di bangunan bersebelahan dengan blok pelajar lelaki. Firdaus dilantik menjadi ketua secara bidan terjun. Ketika memasuki perkarangan blok Cengal, ada sesuatu yang menarik perhatian Firdaus, iaitu kehidupan di hostel. Rasanya itulah kali pertamanya dia melihat bilik hostel wanita.

Dia sendiri hairan mengapa dia terasa kagum, padahal tempat terebut sama sahaja dengan tempat yang lain. Timbul persoalan ketika dia hendak menunaikan solat. Kerana tiada arah kiblat di hostel tersebut. Setelah merayau-rayau Firdaus menjumpai surau dan nasibnya baik kerana surau tersebut tidak berkunci. Mahu tidak mahu, Firdaus dan rakan-rakanya terpaksa bersolat di surau berikutan kawasan bilik sempit.

Keesokan harinya Firdaus dan rakan-rakan dibawa melawat kilang HPA atau nama lainnya Herba Perubatan Al-Waheda. Mereka difahamkan bahawa senior mereka bekerja di kilang tersebut. 

“Setiap hari pekerja-pekerja kilang ini akan “punch card” terlebih dahulu, sebelum berkumpul untuk membacakan Al-Mathurat iaitu doa amalan Nabi Muhammad SAW yang disusun semula oleh Imam Hassan Al-Banna. Pekerja lelaki akan duduk di Kanopi yang disediakan di luar surau manakala pekerja perempuan pula duduk di dalam surau. Setelah habis membaca Al-Mathurat, mereka akan teruskan pula solat sunnat Dhuha, kerana ia melambangkan kekuatan ummat islam.” Kata Senior kami yang merupakan Boss di kilang tersebut. 

Firdaus terasa amat kagum kerana dengan pengurusan tersebut mereka meraih pendapatan setahun RM 10 juta dan masih mampu bertahan walaupun ekonomi tidak menentu. Tiba-tiba dia terasa berada dalam suasana Islam yang sebenar. Tambahan lagi, pekerja-pekerja di kilang tersebut, tidak malu dan takut untuk mengenakan kopiah atau tudung labuh untuk membuat kerja. 

Tak semena-mena dia teringaktan Jamilah. Hubungan ibu kandungnya dengan Jamilah kelihatan begitu akrab sekali. Semasa mereka berjalan-jalan di Hulu Langat, Jamilah tanpa segan silu memanggil ibunya sebagai ibu, bukan lagi mak cik semasa dia pertama kali menjejakkan kaki kerumah tersebut.

“Woi…” Husaini menyergah Firdaus.

“Woi!!!” Husaini meninggikan sedikit suaranya. Firdaus terkejut lalu mencari arah suara yang menegur di sebelah telinga kirinya. “Dari tadi aku tengok kau termenung pandang senior kita tu. Ada apa? Kau jangan buat hal.” Husaini tersengih cuba mengusik.

“Eh, tak ada apa-apalah. Kau jangan fikir yang bukan-bukan.” Kata Firdaus, kemudian dia terus menuju ke arah kumpulan lelaki yang berada di suatu sudut kilang tesebut.

Selepas makan tengah hari mereka melawat kilang gula yang berada di ladang tebu kira-kira 3 kilometer dari Padang Besar. Firdaus mulai perasan bahawa pengurusan sesebuah kilang amatlah diperlukan. Bukan sebarang orang boleh mentadbir kilang, untuk itu sesebuah kilang memerlukan satu pengurusan yang cekap dan mahir untuk mengatasi masalah-masalah yang melanda kilang.

Petang itu mereka melawat pula kilang Shorubber yang terletak berhampiran dengan kilang HPA yang mereka lawati pagi tadi. Berbeza pula dengan kilang yang lain. Shorubber adalah kilang yang diusahakan oleh seorang tentera Jepun yang bertanggungjawab membawa teknologi ke Malaysia untuk menghasilkan beberapa produk sarung tangan. Produk-produk yang dihasilkan oleh Shorubber ini akan dieksport ke luar negara.

Mereka kepenatan kerana terpaksa melawat tiga kilang dalam sehari. Mereka berhenti di gerai makan untuk makan malam, sebelum pulang ke hostel. Firdaus rasa tidak tenteram, dia menjangkakan ada sesuatu yang akan berlaku malam ini, tetapi dia kurang pasti tentang perkara tersebut. Dengan tenang dia memerhatikan gerak-geri rakan-rakannya terutamanya Ain.

“Esok selepas sarapan pagi kita akan bertolak ke padang Besar. Sebelum pukul 9 saya nak semua dah berkumpul. Cadar dan kunci bagi lelaki, serahkan kepada Firdaus, perempuan pula serahkan kepada Najla.” pesan Encik Syed sebelum pelajar-pelajar turun dari bas.

Firdaus membaringkan tubuhnya di katil double decker. Apa yang dia tahu, Cuma hendak rehat secukupnya kerana dia tidak pasti apa yang akan berlaku selepas ini. 

“Woi.. main Futsall oii..!” Namek menjerit sepelaung mengajak rakan-rakan yang lain untuk bermain Futsall. Di hostel wanita terdapat gelanggang Futsall membuatkan mereka teruja untuk bermain Futsall.

Firdaus ingin turut serta tetapi badannya seperti tidak upaya untuk bangun dari katil seolah-olah menyuruhnya berehat sahaja. Setelah beberapa minit, Firdaus masih tidak boleh melelapkan mata. Puas dia pusing ke kiri dan kanan, tetapi matanya masih enggan terlelap. 

Tiba-tiba lampu blok Cengal terpadam. Firdaus tersentak, lalu cuba perhatikan mungkin ada sesuatu yang mengganggu sistem elektrik. Memandangkan Cuma blok tersebut sahaja terputus bekalan elektrik.

“Woi, apa kes ni?” pertanyaan Firdaus langsung tidak berjawab. Yang dia dengar hannya suara riuh rendah dari gelanggang Futsall yang bersebelahan dengan bloknya. Firdaus turun ke bawah melihat rakan-rakannya bermain Futsall. Pada mulanya dia hanya menguis-guis bola di tepi gelanggang tetapi akhirnya dia terpaksa akur dengan ajakkan rakannya walaupun dia kelihatan seperti kaki bangku di atas gelanggang.

Sekilas dia terpandang blok tempat dia menginap. Ternyata masih lagi tidak berelektrik. Permainan menjadi semakin rancak sehingga kadang-kadang kedengaran mereka bersorak-sorai kegembiraan. Dalam sorakkan itu, satu jeritan sayup-sayup kedengaran. Lalu dia mengarahkan rakan-rakan yang lain untuk senyap seketika. Mereka terpinga-pinga dengan tindakan Firdaus itu.

“Wei, apa ni. Buat suspen je.” Kata Yazid, yang menyangka bahawa Firdaus bergurau.

“korang dengar tak ?” Firdaus mengarahkan mereka untuk memasang telinga.

“Semua ikut aku. Cepat lah..” 

Rakan-rakannya yang lain turutkan sahaja. Firdaus berjalan tergesa-gesa menuju ke arah hostel tempat penginapan pelajar perempuan. Separuh perjalanan mereka dikejutkan dengan satu pekikan. Perkara tesebut membuatkan mereka terus berlari ke arah kaki lima hostel pelajar perempuan.

“Kenapa ni?” tanya Namek yang terlebih dahulu sampai berbanding yang lain.

“Tu” kata Amanina yang cuba menenangkan Nani sambil menunjukkan sesuatu.

Mereka lihat sekujur tubuh terbaring di atas jalan bertar.

“Ain.” Kata Firdaus. Dengan spontan dia meletakkan jari telunjuknya di hidung Ain untuk memeriksa pernafasanya. 

“Dia dah tak ada” mereka terkejut. 

Beberapa rakan yang lain turut melakukan apa yang dibuat Firdaus sebentar tadi. Bashir dan Firdaus terkumat-kamit mula membacakan sesuatu.

Dengan tidak semenanya, Zafirah yang berada bersama Amanina ketawa terbahak-bahak. Mereka terkejut sekali lagi.

Kali ini Ihsan pula yang bersuara. “Eh… kau orang jangan main-main la. Dah malam ni.” Ihsan menyangka bahawa pelajar perempuan bergurau hendak mengenakan mereka. Sebaliknya Amanina dan Nani mula berganjak menjauhi Zafirah. Dalam masa yang sama pelajar perempuan yang lain baru sahaja sampai ke tempat kejadian. Mereka terpinga-pinga melihat keadaan kucar-kacir tersebut.

“Some one push her from upstair.” Tiba-tiba Zafirah bersuara.

“Yes, that person was you!” jawab Firdaus lantang.

“Me? Yes, I did.” Dia mengaku dengan mimik muka yang tidak menunjukkan sebarang penyesalan. 

“Zafirah?” Najla pula menyampuk.


bersambung...





Tiada ulasan: