Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Rabu, 14 Julai 2010

BELAJAR: Ke Arah Mana Matlamat Kita?

Assalamualaikum warahmatullah.

Sabda Rasulullah s.a.w. :"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"





BELAJAR: KE ARAH MANA MATLAMAT KITA?


Kita belajar kerana apa ye? Nak kejar CGPA? Dean list? Ye la kot.. nanti tak dapat asrama kalau pointer rendah.. kerana nak lulus exam? Ye ke? Takkan sekadar nak lulus je? Adakah kerana segulung ijazah? Betul ke??




Inilah suatu persoalan yang ada setiap kali ke dewan kuliah. Perlunya persoalan ini bermain di fikiran kita supaya kita tahu ke arah mana jalan yang kita tempuh selama ini. Sejauh manakah kita telah memahami dan menyedari akan matlamat sebenar belajar? Dan sejauh manakah ia selaras dengan tuntutan syariat?
Allah telah berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya Allah mengangkat darjat orang beriman antara kamu dan orang yang menuntut ilmu itu beberapa darjat."  (Surah al-Mujadilah :ayat 11)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda :



"Menuntut ilmu itu wajib keatas setiap Muslim."

Jelaslah pada kita bahawa menuntut ilmu itu adalah wajib kerana dengan  ilmu itulah dapat menyuluh segala kegelapan dan kekaburan supaya terselamat daripada segala anasir-anasir jahat. Dengan ilmulah manusia dapat membezakan antara baik dan buruk,yang hak dan yang batil. Tapi, adakah matlamat kita selari dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.? Selama ni kita belajar untuk apa ye? Adakah kita bertungkus-lumus pagi dan petang, siang dan malam hanya untuk lulus peperiksaan atau sekadar mendapat segulung ijazah, atau untuk mendapat pangkat tinggi atau sekadar memenuhi kehendak ibu bapa agar mereka tak kecewa atau kerana apa?

Budaya pelajar di universiti sekarang mengejar CGPA tetapi melupakan peranannya kepada masyarakat dan isu-isu semasa. Apabila ditanya tentang akademik. Ya, mereka boleh menjawab dengan baik. Tetapi  apabila disoal mengenai apakah yang berlaku kepada isu Islam, masyarakat, sosial atau ekonomi, mereka mendiamkan diri. Atas alasan, di universiti inilah masanya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.



Ada pula pelajar yang sibuk sangat dengan aktiviti berpersatuan di universiti dan mengabaikan akademiknya, sehinggakan keputusan yang diterima atas pagar saja.



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Bahawasanya Allah s.w.t. tidak akan menerima sesuatu amal,melainkan amal yang dikerjakan secara ikhlas terhadap Allah s.w.t. semata-mata dan menurut keredhaan-Nya".

Islam menyuruh kita berbuat amal itu hanya kerana Allah s.w.t. semata-mata, bukan kerana yang lain. Menuntut ilmu ini juga kerana Allah, untuk mencari keredhaan-Nya. Dan semoga dengan ilmu tadi, dapat kita gunakan untuk menegakkan Islam. Ijazah, merupakan alat semata-mata, tidak lebih daripada itu. Mereka yang menuntut ilmu kerana nak lulus, nak pangkat besar, gaji besar dan sebagainya, biasanya ilmu yang telah dipelajari itu takkan dapat bertahan lama.Bila dah selesai menjawab soalan perperiksaan ,maka lupalah segalanya..

Ini menunjukkan barakah-Nya tiada. Bagi orang yang menuntut ilmu kerana Allah, hidup mereka tak ada keluh-kesah, tidak kecewa kalau gagal, tidak tertekan sebab mereka sedar menuntut ilmu  itu adalah perintah Allah, jadi yang penting mencari ilmu itu. Bukan kerana diploma, ijazah, master, phD dan bukan gelaran engineer yang nak dicapai... Manusia hanya mampu berusaha yang menentukannya hanyalah Allah s.w.t. Kiranya Allah tidak mengizinkan kita lulus, maka kita hendaklah sabar dan redha dengan ketentuan itu. Tentu ada hikmah di sebaliknya. Setelah berusaha semampu yang boleh, serahkan segalanya kepada Allah dan bertawakal kepada-Nya.

Jadikan tuntutan belajar sebagai satu jalan kepada kita untuk menyumbangkan sesuatu untuk di jalan Allah ini. Kerana Allah melihat apa usaha yang kita lakukan untuk menolong agamaNya ini.

Marilah kita membetulkan niat kita dalam menuntut ilmu ini. Biarlah ilmu yang kita cari itu dapat membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat. Moga-moga Allah memberi petunjuk kepada kita semua.. 

Insya-Allah.
Selamat berjuang

''Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.''



Nurul Syazwani Othman
Exco Helwa dan Non Muslim

Tiada ulasan: