Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Ahad, 29 Mei 2011

Tiba Masa Berperanan Dalam Masyarakat



Setelah sekian lama menulis di ruangan blog sendiri,saya beralih ke medan blog ini.

Ini percubaan saya yang pertama.Mungkin ada cacat cela di mana-mana.

Apa pemangkin yang menyebabkan saya terlalu mencintai bidang ini?

Populariti?Saya bukanlah selebriti malah langsung tak dikenali ramai.

Hobi?Mungkin tapi saya lebih menghabiskan masa lapang dengan beriadah.

Duit?Tiada sesen pun hasil penulisan saya malah tidak pernah diterbitkan sekalipun.

Saya tiada apa untuk ditonjolkan tapi dengan sedikit usaha ini,saya berharap mampu berperanan kepada kehidupan masyarakat.





Hanya Sedikit Usaha Ini.


Saya ditebak dengan persoalan yang menari di minda.

Apakah yang dimaksudkan dengan berperanan dalam masyarakat?

Bekerja,berniaga,berdakwah,khidmat sosial bukankah juga dianggap sebagai berperanan?


Betul.Selagi mana kita mempunyai kedudukan di alam ini dan menjadi angka yang mempunyai nilai, bukan setakat sifar,kita juga turut berperanan. lni bermakna kita mesti turut serta dan berperanan di dalam usaha memakmurkan bumi dan membangunkan kehidupan umat.


Mungkin cara kita berperanan yang membezakan.

Ada yang mampu berinteraksi dengan masyarakat global seperti isu Palestin seumpamanya,

Ada yang menyumbangkan tenaga kerja dalam usaha menyedarkan masyarakat.

Ada yang mempersembahkan sebuah karya dan jasa yang sesuai dengan kemampuan dan berharap tidak  membebankan umat.

Jadilah apapun asalkan anda berperanan kepada masyarakat.Janganlah kita menjadi lebah yang mati dan dicampakkan ke luar sarang, kerana ia sudah tidak berharga dan tidak boleh lagi menghasilkan madu. 


Saya juga tidak mahu menjadi seperti pokok kering yang akan dicabut dan dicampakkan ke luar kebun, kerana ia sudah tidak dapat memberi manfaat.


  

Adakah Kita Mahu Menjadi Insan Yang Kosong?




Saya terfikir apakah balasan yang sepadan bagi orang yang mendengar dan melihat tetapi dia tidak bekerja, tidak berkarya dan tidak mempunyai peranan langsung dalam usaha membangunkan kehidupan umat.

Seorang pelajar yang tidak pergi ke sekolah dengan alasan yang tidak dibenarkan, maka hukuman yang layak baginya tidak lain adalah rotan yang dipukulkan dengan niat kesedaran kepadanya agar dia mahu berdiri dan berlari secepatnya ke sekolah.

Seorang pekerja yang malas dan kerap tidur pada saat bekerja, maka hukuman baginya tidak lain adalah teguran yang tegas dan tidak dibayar upah agar dia serik dan sedar terhadap kemalasannya tersebut.

Seorang alim yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak mahu memberikan manfaat kepada orang lain, maka dia patut disedarkan supaya berpijak dibumi yang nyata. Ini kerana dia tidak mahu berkorban dan tidak mahu memberikan contoh yang baik kepada orang lain.



Segalanya Milik Allah Bukan Sesiapa.





Saya seringkali mengingatkan diri.

Kalau kita menginginkan kebaikan untuk diri sendiri dan umat, janganlah kita menjadi orang yang tidak memiliki nilai langsung sehingga kita dilupakan seolah-olah kita barang yang tidak berharga.

Makhluk yang paling rendah dan hina di alam ini adalah manusia yang hidup sehariannya hanya makan, minum dan tidur. Sumber manfaat dalam dirinya sudah tidak mengeluarkan air lagi kerana lembah kebaikannya telah kering

Dia umpama berada di alam kematian, perbezaannya bahawa dia masih makan dan minum. Dia pun telah berada di alam kubur, perbezaannya dia masih tertawa dan tidur. Orang-orang seperti ini mempunyai peranan yang besar dalam kenaikan harga keperluan utama, kerana banyaknya makanan yang dia santap.

Dia juga memiliki peranan yang besar dalam mengakibatkan terjadinya kekeringan, kerana banyaknya air yang dia minum. Tetapi langsung tidak menghasilkan produktiviti.



Mata Pena Setajam Pedang





Orang lain sentiasa membina, berkarya dan berjalan ke hadapan,tetapi adakah kita mahu mundur ke belakang kerana melawan arus perkembangan dan pembangunan, melawan usaha dalam memberikan manfaat dan mempersembahkan karya, serta musuh kejayaan dan prestasi.

Kafilah kehidupan tidak akan mahu untuk menunggu orang-orang yang malas dan lambat, kerana kafilah ini hanya diperuntukkan bagi orang-orang yang aktif berkarya dan bekerja. Seluruh tempat yang ada telah diterokai dan waktu tidak akan menunggu sesiapa pun.

Saya mahu mengajak.Bukan memaksa.

Ayuh sahabat-sahabat diluar sana,tonjolkan bakat yang anda miliki dalam apa jua bidang.

Mari kita bangkit dan berkarya agar kita mampu menjadi golongan yang mencipta sejarah bukan sekadar berada di dalam lipatan sejarah sebagai orang yang gagal.

Sudah tiba masa untuk berperanan dalam masyarakat!

1 ulasan:

Ahmad Irhaf berkata...

salam..muwassafat tarbiyah yg ke-10 yakni bermanfaat pd org laen atau masyarakat...moga2 usaha anta mnjadi kesinambungan dakwah Baginda..jazakallah ^^