Dari Mekah, naik atas, turun bawah, sampai al Aqsa
Dari al Aqsa, naik ke atas, lalu berjumpalah dengan Kekasihnya
Bersempena dengan Malam Isra’ Mikraj yang jatuh pada 27 Rejab 1432H bersamaan pada malam ni, ana ingin berkongsi ilmu yang ana dapat daripada sahabat ana sempena ulang tahun peristiwa yang bersejarah ini. Mungkin semua orang tahu sejarah perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Al-Aqsa dan seterusnye ke Sidratul Muntaha.
Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan perjalanan dan mukjizat agung yang dikurniakan oleh Allah kepada manusia yang paling layak dan teragung, Rasulullah SAW. Dalam perjalanan tersebut diperlihatkan kepada Baginda SAW pelbagai gambaran dan pemandangan dari alam penuh rahsia yang kesemuanya itu mengandungi pelbagai hikmah dan hakikat yang akhirnya bersangkut paut dengan apa yang berlaku di alam zahir ini dari urusan dan kehidupan para hamba.
Tentang tanggungjawab sesama manusia. Permulaan dengan falsafah di sebalik peristiwa Isra dan Mi'raj. Allah boleh saja naikkan Rasulullah naik ke langit dari Mekah, tanpa perlu ke Masjid al Aqsa. Pasti ada sebabnya kenapa perlu ada horizontal journey ke Masjid al Aqsa sebelum vertical journey ke Sidratul Muntaha.
Persoalan di sini, kenapa agaknya macam tu perjalanan nabi?
Mungkin inilah rahsia di sebalik Isra dan Mi'raj. Apa yang perlu kita perhatikan, vertical dan horizontal movement perlu ada dalam hidup setiap daripada kita. Vertical journey tu tanda hubungan terus dengan Allah di arasy sana. Sedangkan horizontal journey tu tanda perlunya ada hubungan kemanusiaan antara makhluk di bumi. Manusia bergelar umat baginda perlu perhatikan kedua-dua movement ini.
Tak cukup hebat ruku sujud sahaja, mingle around! Tak cukup mingle around sahaja, ruku dan sujud juga!
"Hmm, betul juga."
Itulah sebabnya dalam Al-Quran Allah ade menekankan hablumminallah wahablumminannas. Menunjukkan bahawa perlunye menjaga hubungan dengan Allah serta hubungan dengan manusia. Sebagai muhasabah diri ini adekah diri menjadi kedua2 hubungan tersebut atau pon kite ni hanya tak balance hanya dapat jaga salah satu sahaja atau pun kedua2 pon tidak. Semoga perkongsian ni same2 kite hayati amalkan dan sampaikepada sahabat2 kite.
A: jangan lupa praktikkan rahsia Isra' dan Mikraj
B: ye, dh mula dipraktikkan sket2 tadi, alhamdulillah
1 ulasan:
ahsanta ya akh hassriq
same2 kite sebarkan ilmu kerana ia merupakan amanah Allah (fiil amar)
same2 kite amalkan dalam mencapai keredhaan Allah insyaallah :D
Catat Ulasan