Assalamualaikum semua,
Kita sudah menghampiri pertengahan Ramadhan. Tetapi apa yang menyedihkan saya ialah makin hendak meninggalkan bulan ramadhan ini makin berkurangan jemaah di masjid. Masa malam pertama punyalah ramai sampai penuh saf disebabkan keinginan untuk sembahyang terawih.
Bila dah pertengahan semakin kurang jemaahnya. Terkilan rasanya bila melihat keadaan sedemikian. Adakah ini sudah menjadi trend masyarakat warga MICET? trend atau tradisi yang harus dibuang jauh-jauh! Maklumla kebanyakan orang melayu ini memang kaya dengan adat dan resam tapi jangan bulan ramadhan dan solat terawih pun dijadikan sebagai satu adat atau tabiat! Cepat pancit atau mungkin tidak tahan dengan imam yang baca ayat terlalu panjang?
Adakah kita ini sudah banyak amal jariah? adakah kita ini memang akan ditempatkan di syurga kelak? adakah kita ini tidak akan mati? Adakah kita ingin berjaya di dunia sahaja?
Memang kadangkala kita kepenatan kerana kerja+puasa yang telah kita tempuhi di siang hari. Sibuk buat assignment. Ok fine la ade kelas waktu malam. Tapi takkan semua student MICET ade kelas waktu yang same. Ade tu kate sibuk wat kerja. Kerja 24 jam ke bang? Tak boleh luangkan masa yang sedikit untuk bertemu Allah ke?
Adakah kita terfikir atau terdetik dihati kita :
"Adakah aku akan bertemu lagi Ramadhan iaitu bulan penuh dengan keampunan di tahun hadapan? Adakah aku masih bernyawa lagi? Apa akan terjadi jika Ramadhan tahun ini aku biarkan berlalu seperti tahun-tahun yang lalu dan tidak akan berjumpanya lagi di tahun hadapan?" Alangkah ruginya aku menjadi seorang islam yang berbangsa melayu. SubhanaAllah...
Jangan kita menjadi Orang yang rugi dan menyesal pada masa akan datang. Di akhirat nanti kita tak akkan dikembalikan semula ke dunia fana ni walau kite keluar air mata darah sekali. Nasi sudah menjadi bubur. Semoga diri ini dan sahabat-sahabat sekali dapat mengambil iktibar dan amalkan apa yang baik daripada perkongsian ilmu ini.
Waallahuaallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan