SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman.
SIAPAKAH ORG YG MANIS SENYUMANNYA?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
SIAPAKAH ORG YG KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
SIAPAKAH ORG YG MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
SIAPAKAH ORG YG RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
SIAPAKAH ORG YG PALING CANTIK?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
SIAPAKAH ORG YG MEMPUNYAI RUMAH YG LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
SIAPAKAH ORG YG MEMPUNYAI RUMAH YG SEMPIT LAGI DIHIMPIT?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
SIAPAKAH ORG YG MEMPUNYAI AKAL?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.
SIAPAKAH ORG YG KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan