Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Khamis, 1 Disember 2011

Kem Tautan HAti 2o11

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Segala puji Allah yang mentadbir sekalian Alam. Selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad yang menjadi role model utama kite dalam mengharungi ujian dan cabaran di atas muke bumi ini untuk menggapai mardhotillah insyaallah. Dengan kite berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad insyaallah kite janji Allah akan selawat ke atas kite sebanyak sepuluh kali. Begitu beruntungnye kite sebagai umat nabi Muhammad.

Alhamdulillah selepas final exam week, seramai 12 muslimin dan 16 muslimat telah menyertai kem tautan hati anjuran Islamic Civilization Club (ICC). Objektif diadakan antaranya ialah mengeratkan hubungan silaturrahim fillah Abadan abada dalam meng”create” biah solehah di bumi MICET insyaallah. Kan Nabi kite sarankan kite untuk menjalinkan ukhuwwah. La islam illa jamaah. Tiada islam tanpa Jemaah atau pun berkumpulan.
Kem ini berlangsung selama tiga hari. Pada hari pertama iaitu hari Jumaat bersamaan 25 November 2o11, diadakan taklimat ringkas oleh akh Fadzli kepada peserta di Kafe. Pada jam 1700 selepas solat asar diadakan sedikit pengisian oleh penasihat ICC, En. Tengku Fazli berasaskan aqidah dan ibadah. Pengisian yang menarik serta tamsilan yang diberikan berasaskan keadaan semasa para peserta iaitu mahasiswa dan mahasiswi. Kemudian kami makan secara berjemaah dalam talam.


 
Selepas solat maghrib secara berjemaah di Pusat Islam, sedikit tazkirah disampai oleh Pengarah program iaitu akh Fadzli mengenai kisah para nabi yang sungguh menarik perhatian para peserta. Selepas solat isya’ pula diadakan sedikit taklimat daripada AJK Keselamatan iaitu ukhti Amriza. Kemudian dilantik amir iaitu Fathi dan amirah iaitu Shila dalam mengepalai Jemaah di kem ini.


 
Kemudian diadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Pertama aktiviti Ice breaking yang menggunakan jet roket . Para peserta diminte wat roket pastu wat soalan “MAUT”. Dari situ banyak yang kite ketahui tentang sahabat kite dalam perjuangan ini.



PAstu diadakan LDK dipanggil PHSYCIC. (p/s: kalo x silap la). Para peserta akan bertukar barang dan diminte mengulas serta meneka sapa empunye barang yang kite dapati. Sangat menarik kot. Objektifnye kite mesti jangan ikut first impression yer. Kemudian diakhiri dengan bacaan Surah Al-Mulk.


PAda 26 November 2o11 hari Sabtu, diadakan qiamulail secara berjemaah. Selepas solat Subuh diadakan bacaan mathurat secara berjemaah dan sedikit bacaan kitab Hayatus Sahabah karangan MAulana Yusuf. Kemudian diadakan senaman pagi. Dalam aktiviti ini, Akh Yahya mengadakan Senaman Si Tommy di padang bersebelahan dengan Pusat Islam. Kemudian diadakan aktiviti penyampaian maklumat tanpa menggukan mulut yang biase kite wat. Sangat menarik sampai ade yang cube gak nak gune kotak suara tu.



Pada Jam 0900,diadakan slot LDK “Pressure Drop” yang dihandle oleh Akh Yahya. Dalam aktiviti ini peserta dikehendaki untuk membuat replika 7 personaliti yang berbeza dalam masa 20 minit. Tanpa kerjesama kumpulan mana mungkin dapat disiapkan kesemua replika tersebut. Objektifnye melihat bagaimana idea yang berbeza dapat disepakati melalui kerjesama berorganisasi.




 
Selepas tu menggunakan replika itu diminta pilih tiga daripada tujuh untuk di bawa melalui halangan untuk diselamatkan. Selepas tu akan ditanya kenape selamatkan tiga tu je?? Nape x yang lain??? Objektif kite kene tegaskan bahawa semua mesti diselamatkan sebab sume sama penting. Kite kene gunekan “NIKMAT YANG DISEDIAKAN”.



 
Selepas itu, LDK Sketsa Kehidupan. Para peserta kene melakonkan sketsa berdasrkan situasi yang diberikan. PAstu soalan maut ditujukan oleh para juri.



LDK selepas solat zohor pula ialah belon iman. Para peserta dikehendaki untuk menjaga belon masing2 terutama ketua kumpulan yang dilantik. Setiap seorang mestilah menghormati iman orang lain dan jangan lah kite ghairah dalam menjahanamkan orang lain k. PAstu Muslimin pula bermain futsal dan berakhir dengan seri 1-1. Menang penalty 4-3. PAstu pada waktu petang diadakan tayang video mengenai keadaan semasa.


 
Sebelum waktu maghrib dan selepas waktu maghrib diadakan doa awal tahun dan akhir tahun sserta bacaan surah Yaasin bersempena sambutan Maal Hijrah. Selepas solat isya’, diadakan Muzakarah mengenai keadaan Islam sekrang ni. Jam 2130, pengisian menarik dari Seorang murabbi, Ustaz Najib daripada MMU yang mengupas tentang Syariah Islamiah.


 
PAda 27 November 2o11 hari Ahad, inilah hari kemuncak kem. Namun tidak dilupakan qiamulail berjemaah di Pusat Islam. Para peserta begitu excited untuk melakukan aktiviti di Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka. Aktiviti pertama tak lain tak bukan bacaan mathurat secara berjemaah moga mendapat barakah pada hari tersebut.



Selepas diadakan aktiviti treasure hunt. Di setiap check point diberikan kata hikmah. Setiap checkpoint juga diberikan tugasan yang merangkumi aktiviti ibadah seharian kite serta pengetahuaan am.



Kemudian para peserta berpindah ke REDMA untuk aktiviti riadah yang di sediakan . para peserta muslimin dikehendaki berjoging ke sana. Sangat excited nampaknya.


 
AKtiviti pertama di sana ialah bermain Water Ball. Aktiviti ni sesuai untuk menguji stamina ketika “berjalan” di atas air menggunakan belon besau.


 


Kemudian bermain Memanah serta kayak di tasik. Sangan menarik mengujakan aktiviti ini. Alhamdulillah aktiviti ini dapat dijalankan jayanya dengan ijin Allah swt. Semoga aktiviti kem Tautan Hati ini dapat mengukuhkan ukhuwwah yang terjalin dalam Jemaah dakwah fi sabilillah insyaallah. Kita saling melengkapi dalam memikul beban dakwah menuju mardhotillah insyaallah. Kepada sahabat yang sem akhir ana harapkan ukkhuwwah kite tetap berkekalan (p/s : sob3 )








7 ulasan:

wardatul jannah berkata...

bestnya...:)

iccunikl berkata...

Alhamduillah memang best kot wardatul jaannah
rugi tau nte x join skali kem hari tu hihihihi

wardatul jannah berkata...

x berkesempatan nak join...sob..sob..

yahya zakaria berkata...

memang sgt best
nak lagi2
sgt bermanfaat untuk pengisian akhirat di sampaing aktiviti sgt menarik untuk diharungi

iccunikl berkata...

ooooo ye kew???
nak wat camne dah rezki nte tak dapat join
insyaallah next program ICC join la yer :D

wardatul jannah berkata...

First time tengok belon besau tu...x lemas ke org kat dlm tu..? hihi

iccunikl berkata...

Alhamdulillah mmg x lemas pon
pada permulaan die akan isikan oksigen secukupnye
pastu kite akan ber"jalan" atas air
bile kite dah sesak nafas kurang oksigen kite kene bagi signal emergency
tu yg best tu pengalaman baru jgn jelez sudah
huhuhuhu