Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Jumaat, 9 Mac 2012

Dakwah Seorang DAie

                Lailahaillah, Muhammad rasulullah. Dalam hadith rasulullah bersabda, ‘ Barangsiapa pada akhir kalamnya mengucapkan kalimah tauhid, maka wajib syurga baginya.”

                Alhamdulillah pada 3-5 Mac 2o12 bersamaan hari Sabtu hingga hari isnin, ana berkesempatan untuk menyertai suatu program dakwah seorang daie di Lendu Tengah, Melaka. Program adalah anjuran persatuan dakwah di Melaka. Ana ingin berkongsi pengisian yang ana dapat dalam program ini.

                Kejayaan hanya pada ketaatan perintah Allah mengikut sunnah Rasulullah. Tiada kejayaan yang hakiki selain daripada cara kehidupan Rasulullah s.a.w. Salah satu slot program tersebut, disampaikan oleh ulama Syura’ Melaka, Haji Palawi. For the first time, pengisian yang tak ade humour dalam tazkirahnya, sume hadirin focus dalam ceramah beliau. Beliau menyatakan, RM50 nak pi Singapore  tak cukup, RM250 nak pi Jakarta tak cukup RM500 nak pi UK tak cukup,  RM10000 nak pi haji  tak cukup, RM1000000 nak pi L.A.  tak cukup. Menunjukkan harta dunia ni sementara takkan cukup untuk keperluan diri. Jadi bagaimana dengan  bekalan kite nak jumpe Allah yang pasti dan pasti akan kite temui nanti? Berapa bekalan yang rasenya mencukupi untuk kite jumpe Allah??

Solat di MAsjidil Aqsa 500 kali ganda
Solat di MAsjidil Nabawi 1000 kali ganda
Solat di MAsjidil haram 100,000 kali ganda

Persoalannya, mengapa kubur para sahabat bertebaran ke seluruh alam? Kenapa tidak berada di masjid tersebut untuk dapatkan fadhilat yang banyak tu? Haji Palawi menyatakan bahawa rasulullah ada bersabda, “ Barangsiapa keluar di jalan Allah akan digandakan pahala sebanyak 700,000 kali ganda.” Kalo yang dah kawen tu gandalai 70 kali. Ce kira matematik, dapat 4,900,000 kali ganda wow!!! Tu baru satu kali solat.  Masyaallah. Itu rupanya kenapa para sahabata bertebaran keluar dijalan Allah menyebarkan kalimah tauhid allah ke seluruh Alam. Tanpa asbab mereka belum tentu Islam sampai kepada kita.



                Salah satu slot menarik yang disampaikan oleh lecturer UiTM Lendu, Haji Saladin. Beliau menyatakan mengapa orang islam lemah. Cube kite lihat bagaimana Umar Al-khattab menawan kota Baitul Maqdis. Tak da tumpah darah pon. Nape? Rahib pada mase tu merujuk kitab biblenye dan menyatakan jike nak tahu tuhan bersama mereka ade tiga perkara.1) Pemimpin dan tentera tak dapat dibezakan.2) Pemimpin di bawah, hamba di atas. 3) tidak terpengaruh dengan dunia. Jike ade ketiga-tiganya, jangan lawan sebab tuhan bersama mereka.

                Pada mase  nak tawan, baju Umar dan tentera sama sahaja. Ketika dah sampai, Umar sedang berada di bawah manakala hamba sedang tunggang unta. Rahib uji lagi dengan mempersilakan tentera islam masuk dengan red carpet dan di tepinya dibariskan perempuan-perempuan yang hamper telanjang. . Namun Umar dan tentera tidak sedikitpon menoleh dan menyebabkan rahib tersebut terpaksa menyerahkan kunci Baitul MAqdis itu. Jadi dapatlah pertama kali solat dapat dilakukan di BAitul MAqdis itu.

                Pada waktu petang pula secara praktikal, kami melakukan ziarah untuk berdakwah.kami dapat merasai kepayahan rasulullah pi rumah ke rumah menyampaikan kalimah tauhid ini. Begitu segan nak jumpe orang nak muzakarah tentang agama terutama ngan orang tidak dikenali. Ade yang halau, ade yang terima. Pelbagai ragam dapat dilihat dan ujian diterima. Begitu hebat rasullah bile fikir umat tak fikir malu nak jumpe orang sialam amhupun bukan islam untu dimuzakarahkan.


                Semoga dapat ambil input dan hayati bersama. BAnyak lagi yanga ana dapat insyaallah pada coretan yang lain pula. :D  

Tiada ulasan: