Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Ahad, 3 Mac 2013

3 MAC 1924 - SEJARAH HITAM UMAT ISLAM




Hari ini 3hb Mac 2013. 89 tahun yang lepas, pada tahun 1924, pada tarikh yang sama, telah jatuh daulah (kerajaan) Islam yang terakhir, Turki Uthmaniyah. Tinggal persoalannya hari ini, sekiranya kita menyoal kepada masyarakat kita: “Apakah itu Daulah Islamiyyah? Apakah itu Khilafah?” Apakah yang akan dijawab oleh mereka?
Rata-ratanya tidak mengetahui.
Tidak kurang juga, yang menyatakan bahawa Daulah Islamiyyah itu negara yang buat hudud. Ada pula yang memberikan definisi bahawa Daulah Islamiyyah itu adalah negara pengganas. Dan wujud juga yang menyatakan bahawa Daulah Islamiyyah itu adalah perjuangan mereka yang ekstrem.
Persoalannya,
bagaimana pula kita dalam memandang Daulah Islamiyyah ini?

Hudud Hanya Sebahagian Daripadanya.
Tanpa menyebelahi mana-mana pihak, suka saya nyatakan bahawa kita telah duduk di dalam satu ‘sangkar’. Di dalam sangkar ini, kita dididik bahawa Negara Islam itu adalah yang mengamalkan hudud. Seakan-akan, pusat kepada Islam adalah hudud semata-mata. Membuatkan akhirnya, orang lain termasuklah kita sendiri apabila mendefinisikan Negara Islam, Daulah Islamiyyah, kita hanya merasakan ianya diukur dengan pengalaman hudud.
Tidak kurang juga yang semata-mata melaungkan perkataan Jihad. Menyempitkannya semata-mata dengan ‘Perang, Bunuh Orang Kafir’ dan sebagainya.
Tetapi tidak ramai mahu keluar dari ‘sangkar minda’ ini dan melihat apa sebenarnya Daulah Islamiyyah secara menyeluruh. Kembali kepada Rasulullah SAW, kita tidak melihat hudud itu dibangunkan terlebih dahulu, dan tidak pula kita lihat bila wujudnya Kerajaan Islam Madinah, terus sahaja dinyalakan api peperangan. Tidak.
Nyata Daulah Islamiyyah itu bukan semata-mata hudud dan memerangi orang kafir.
Tetapi lebih luas daripada itu.

Daulah Itu Yang Membina Ruang.
Daulah Islamiyyah perlu dipandang secara menyeluruh. Kita melihat betapa Kerajaan Islam inilah yang memberikan ruang yang besar untuk kebaikan bernafas. Kerajaan Islam inilah yang mendirikan keadilan dan hak asasi manusia. Menawarkan keselamatan tertinggi buat yang bernaung di bawahnya, baik yang Islam, juga mereka yang bukan Islam.
Ini adalah daulah yang lembut dan produktif. Bukannya jumud dan kasar.
Kita sendiri mengakui ketamadunan dunia ini berkembang di tangan daulah ini, yang proaktif menterjemah bahan-bahan yunani dan meneruskan pengkajian dengan lebih mendalam. Daulah inilah yang menganjurkan budaya ilmu, dan menggalakkan rakyatnya menjadi intelek.
Daulah ini juga, yang berdiri di atas keadilan dan ketelusan, adalah yang membawa cukai dan zakat yang diberikan kepada mereka, keluar menjadi sesuatu yang lebih berganda-ganda. Bukan habis hilang begitu sahaja. Kita amat biasa dengan kemasyhuran sifar kemiskinan di zaman Umar Abdul Aziz. Hingga akhirnya duit BaitulMal digunakan untuk menikahkan lelaki-lelaki yang bujang, kerana tiada yang miskin!
Inilah juga daulah yang mengutamakan intelektual rakyatnya. Memberikan pendidikan percuma. Mengimarahkan dunia keilmiuan dengan menggerakkan sistem penterjemahan, memesatkan dunia penulisan dan pengarangan kitab, meluaskan medan kajian dan penyelidikan, agar minda rakyatnya berkembang dan berkembang. Siapa dapat menafikan intelektual seperti Al-Khawarizmi, Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Khaldun dan Ibn Battuta di tangan daulah ini?
Jelas direkodkan bahawa, tatkala Eropah masih bergelap, Cordova sudah terang benderang dengan lampu minyak. Begitulah produktif, maju, moden, yang dipacu oleh daulah ini.
Kerana daulah ini tidak didirikan atas material semata-mata, dan tidak pula rohani semata-mata. Tetapi seiringan, sesuai dengan roh yang dibawa oleh ajaran Islam itu sendiri yang memandang bahawa dunia ini adalah alat, saham buat akhirat.
Daulah inilah yang memperbanyakkan program kebaikan, program kerohanian, yang melaksanakan pemprosesan terhadap masyarakatnya, sehingga lahir daripada daulah ini imam-imam yang terkenal mendidik ummat seperti Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Asy-Syafi’ie, Malik, dan lain-lain Rahimahullah Ajma’in. Masyarakat menjadi celik agama, terbuka dan punya kadar intelektual yang tinggi hingga mampu membuatkan eropah terbeliak dengan kekaguman di dalam diri!
Daulah ini adalah yang mengimbangi semua ini.
Perlembagaannya adalah Al-Quran dan As-Sunnah, bukan bermakna ianya terkatup sekadar di sisi pintu akhirat. Bahkan kerana matlamatnya adalah pengabdian kepada Allah lah, daulah ini mendidik ummatnya untuk mentadbir dan memenuhi dunia dengan kebaikan.

Daulah Inilah Yang Berusaha Menjaga Keamanan.
Selepas segala kebaikan tadi, barulah kita melihat dari skop yang lebih besar.
Inilah dia daulah yang menjaga keamanan penganut Islam. Kita semua biasa mendengar kisah Al-Mu’tasim dengan seorang perempuan yang dianiayai di satu kerajaan bukan Islam. Mendengar penganiayaan itu, Al-Mu’tasim tidak berdiam diri bahkan menghantar surat amaran tanda peduli. Apabila surat amarannya tidak diendahkan, Al-Mu’tasim menghantar tenteranya untuk memberikan pengajaran.
Begitulah juga apabila rakyat Al-Aqsa menangis dengan ketidak adilan eropah. Salahuddin datang membawa keadilan dan rahmat dengan Islam.
Bukanlah ummat Islam itu ummat yang dahagakan darah. Dan tidaklah mereka itu ummat yang keras. Peperangan dijalankan dalam peraturan yang sangat ketat. Saban peperangan akan ada khutbah perang yang menekankan penjagaan hak asasi manusia, seperti tidak boleh membunuh mereka yang tidak terlibat di dalam peperangan, meruntuhkan bangunan sesuka hati, hatta mencabut dan memotong pokok tanpa keperluan pun dilarang!
Dengan kekuatan sebeginilah, para pendakwah mampu terus menyebarkan Islam dalam aman dan terjaga. Dengan kekuatan sebeginilah, manusia-manusia mendapat hak mereka dalam keadaan tenang dan bahagia.
Sudahlah hak asasi dalaman terjaga. Ekonomi, teknologi, perabadan, semuanya meningkat. Dijaga pula dari ancaman luar!

Daulah Yang Hanya Mampu Dijatuhkan Dari Dalam.
Faktor kejatuhan Daulah segah ini hanyalah dari dalaman. Benar wujud anasir luar yang menganggu, tetapi mereka yang berada di dalam daulah inilah yang menjadi tangan merobohkannya. Daulah ini tidak mampu ditumbangkan dengan peperangan. Hanya mampu ditumbangkan dengan kelalaian ummatnya sendiri.
Ini bukanlah semata-mata satu kerajaan hudud yang kerjanya mahu menyebat dan memotong tangan. Jangan kita makan momokan orang yang ingin kita masuk dalam penjara minda, memandang hudud sebagai sesuatu yang ganas dan tidak adil, sekaligus menafikan pembangunan sebuah kerajaan Islam.
Ini adalah daulah yang adil. Kita mengetahui kisah yang masyhur, tatkala wakil dari kerajaan bukan Islam datang mahu bertemu dengan Umar, ketika mereka masuk ke Madinah, mereka tercari-cari akan istana Umar.
“Di manakah Istana Umar?”
Penduduk Madinah sekadar tersenyum, lantas menjawab: “Amirul Mukminin tidak punya istana. Dia tinggal di hujung jalan ini.”
Dan apabila sampai, yang dijumpai wakil itu adalah Umar yang tidur berlindungkan pelepah kurma. Hingga mereka berkata:
“Engkau adil wahai Umar, maka engkau boleh tidur dengan tenang sebegini rupa.”
Tanpa rasa takut. Kerana yakin dia memerintah dengan adil dan saksama.
Itulah dia Daulah Islamiyyah.
Bukan semata-mata terbina atas hukum-hakam. Tetapi terbina atas roh hakikat kehidupan itu sendiri. Menjadi pengawal, penjaga, baik kepada agama, harta, hak asasi, hinggalah kepada keselamatan rakyatnya. Yang memacu kemajuan, kemodenan, dengan panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Yang tidak membiarkan rakyatnya sempit dengan pelbagai kekerasan dan kejumudan, dan yang tidak pula membiarkan rakyatnya hanyut tanpa petunjuk dan panduan.
Kuatnya sistem ini sehingga jahiliyyah terpaksa menukar dari peperangan secara bersenjata, kepada peperangan secara halus. Merosakkan jiwa dan hati rakyatnya. Menyuntik fahaman-fahaman yang rosak di dalam masyarakatnya. Ditambah pula, dek kesenangan yang lama dikecapi, dan kesatuan yang mula hilang, juga ketamakan beberapa pihak dalaman, membuatkan daulah ini menjadi lemah dan semakin lemah.
Akhirnya, pada tahun 1924, daulah ini hilang dan lesap daripada dunia, di tangan seorang Kamal Ataturk, yang sebelum itu digelar jelmaan Khalid Al-Walid semula oleh para ulama’ dunia!

Penutup: Kamu Fikir, Mengapa Daulah Ini Mahu Ditumbangkan, Dan Tidak Mahu Dibiarkan Bangkit?
Konspirasi yang panjang telah berjalan untuk menjatuhkan daulah ini. Tanpa menafikan bahawa orang-orang yang menggerakkan daulah ini bukannya para malaikat, yang juga sepanjang sejarah wujud juga kezaliman dan ketirisan, salah laku dan sebagainya, tetapi jelas sistem ini apabila berjalan, mampu memenuhi tuntutan Allah SWT yang menurunkan kita di bumi sebagai khalifah.
Sebab itu, jika kita mahu ‘menjengah’ keluar dari penjara minda yang disediakan oleh tangan-tangan tertentu, yang memomokkan Khalifah Islamiyyah sebagai satu agenda keganasan, yang menyempitkan daulah Islam sebagai daulah hudud semata-mata, kita akan melihat keindahan daulah ini.
Mengapa daulah ini, mahu ditumbangkan dan tidak mahu dibiarkan sesekali bangkita?
Perhatikanlah berapa ramai yang menggerakkan proses kebangkitan daulah ini semula ditentang dan dilayan seperti sampah oleh sistem hari ini. Semuanya kerana sistem hari ini risau daulah ini bangkit semula, sekaligus kembali mentadbir dunai dengan kebenaran.
Kita? Apa yang kita lakukan?
Selama ini, bila disebut daulah Islamiyyah, apakah yang kita tahu, pandang, lihat?
Ini lebih dari sekadar sebuah kerajaan sebenarnya.
Ini lebih dari sekadar mendirikan sebuah hukum.
Ini hakikatnya adalah yang akan mampu memberikan kita suasana kondusif untuk menjadi hamba Ilahi. Ini adalah yang akan menggencarkan lagi usaha-usaha kebaikan. Inilah dia sistem yang memudahkan kita untuk menjengah syurga Allah SWT. Yang akan mengurangkan pengaruh jahiliyyah di dalam hidup.
Daulah ini lebih dari sekadar satu kerajaan, satu sistem pemerintahan, sekiranya kita memerhatikan!
Maka apakah kita hendak membiarkan sistem jahiliyyah terus berjaya dengan kita menidurkan diri kita?
Tidak guna kita melalui tarikh 3 Mac ini saban tahun dengan melaknat Ataturk, menangis hiba, merungut akan kekuatan jahiliyyah. Itu tidak akan membuahkan apa-apa.
Sepatutnya kita punya cita-cita, punya perancangan, berusaha pula menggerakkannya, merealisasikan, agar daulah ini mampu bangkit semula, dan membawa kita kepada keamanan yang sebenarnya!

Tiada ulasan: