Seorang teman pernah mengatakan, “Tika kita terjaga pada
waktu malam , itulah cara Allah kejutkan kita untuk beribadat padanya.”
Di dalam sebuah
hadits shahih Rasulullah SAW bersabda :
Didalam riwayat yang
lain pula,baginda bersabda
“Dua rakaat subuh
lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (HR. Muslim)
Setiap apa yang diperintahkan Allah tentunya berhikmah.
Tiada satu pun suruhan mahupun larangan Allah yang sia-sia. Maka , marilah kita
sama-sama berfikir dan bertanya kenapa Al-quran menganjurkan setiap muslim
untuk tidur awal dan bangun sejak fajar.
BANGUN PAGI DAPAT MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT JANTUNG.Suatu
penelitian yang dibuat menunjukkan bahawa orang yang tidur dalam jangka masa
yang lama dalam posisi yang sama mudah diserang penyakit jantung.Tidur boleh
diartikan sebagai diam dalam jangka masa yang lama.Diam dalam keadaan lama
boleh mengakibatkan pengumpulan lemak pada dinding arteri koroner.
KADAR GAS (O3) BERADA DALAM KEADAAN PALING
TINGGI.Kadar gas ini akan berkurang sedikit demi sedikit sehingga terbitnya
mentari.Gas ini bermanfaat untuk organ-organ saraf kerana dapat mengaktifkan
kerja otak dan otot tubuh.
WARNA MERAH PADA SINAR FAJAR DAPAT MEMPENGARUHI URAT SARAF, yakni membangkitkan kesedaran
dan gerak saraf. Fajar mengandungi sinar ultraviolet yang cukup tinggi sedangkan
kulit memerlukan kemasukan vitamin D
yang tinggi pula.
Ya
Allah, berilah kami petunjuk kebenaran pada agama kami, dan berilah kesehatan
pada badan kami. Wahai Tuhanku, jadikanlah surga sebagai tempat tinggal dan
tempat berlindung. Amin Ya Rabb….

Tiada ulasan:
Catat Ulasan