Assalamualaikum...
SOLAT SUNAT DHUHA
PENGENALAN
Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :
"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan
menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim
dan Ibnu Majah)
KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)
Hadis
Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara
faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala
keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat
sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah
solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan
keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku
Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah
mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat
Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada
tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada
tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu
bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai
ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha
.”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun
kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”
sabda Rasullullah SAW yang maksudnya :
“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki
dan menolak kepapaan."
Dalam
satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah
baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat
Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan
daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Aku mendengar
Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat
Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai
daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
"Barangsiapa yang
menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia
daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan
barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia
daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang
menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari
tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis
baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang
menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya
mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan
Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah
tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih
baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
(Riwayat
At-Thabarani ).
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah
Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah
Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah
Yang Maha Besar.”
(HR. Anas B Malik).
"Barangsiapa yang mengerjakan
solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah,
sekalipun dosa itu seluas lautan.”
(HR Tirmizi)
Rasullullah S.A.W bersabda:
" setiap pagi masing-masing
persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih
sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap
ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan
melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu,
cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.”
(HR Ahmad, Muslim
dan Daud)
Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil
Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher
RUANG WAKTU SOLAT DHUHA
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya
seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang
(Kitab
al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
CARA MELAKSANAKANNYA
Banyak
bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan
solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah
dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma
secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat
Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang
dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang
disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat
pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa.
DOA YANG DISARANKAN
“Ya
Allah bahawasanya waktu duha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah
kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu
,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya
Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah.
,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan,
kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah
engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


Tiada ulasan:
Catat Ulasan