Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Rabu, 17 Februari 2010

Novel (Bab1)










Suasana di Stesen bas Alor Gajah kelihatan tenang sahaja. Sesekali angin sepoi-sepoi bahasa menyapu muka. Beberapa orang penumpang setia menunggu bas untuk ke destinasi masing-masing.

“Pukul 1 tengah hari. Hmm.. lambat lagi..” kata Firdaus yang melemparkan pandangan ke jam yang tergantung di dinding kuning.

Eh… Apa kena orang tua ni. Menurun ke apa? Firdaus tenang sahaja memerhatikan gelagat orang tua yang menempuk-nepuk kerusi kayu seperti dalam cerita DO RE MI. 

Bas dari Tampin baru sahaja tiba, seorang lelaki berbadan gempal duduk di sebelah Firdaus.

“Haus la pulak. Mana nak beli air ni.?” Firdaus mengeluarkan beberapa keping not RM1 dari dompet lalu menuju ke gerai yang terdapat di sekitar Stesen Bas tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar suara seorang perempuan termengah-mengah. Dia mencari dari mana datangnya suara tersebut. 

Suara itu rupanya milik seorang perempuan yang bertudung labuh dan berlari seperti ketakutan. Firdaus terperanjat menyebabkan duit yang Firdaus pegang terlepas apabila gadis tersebut terus memaut lengannya. Firdaus terpinga-pinga melihatkan kelakuan gadis tersebut, seolah-olah ada sesuatu yang tadak kena pada gadis itu.

Dalam masa yang sama dia terdengar suara orang berteriak keras menyebut “Milah..!!” Orang tua tersebut berlari kencang menggegarkan susuk tubuhnya yang jelas kelihatan dek bajunya yang di basahi peluh jantan.

“Milah.. !! Mana lagi kau nak lari, ha?” orang tua tersebut menjerit sekuat hatinya. Tubuhnya yang dibaluti Baju Pagoda menampakkan kulitnya yang sawo matang. 

Gadis tersebut bersembunyi di belakang Firdaus. “Tolong saya. Awak kena tolong saya.” Perempuan tersebut merayu dengan suara yang terketar-ketar ketakutan bercampur dengan mengah. 

“Sabar pakcik... sabar” kata Firdaus yang masih lagi terpinga-pinga dengan situasi tersebut. Firdaus menepis-nepis tangan orang tua yang bermisai tebal itu, apabila dia cuba menarik tangan gadis yang dipanggilnya Milah.

“Ooii..!! orang muda. Kau kalau taknak masalah baik kau berambus” orang tua tersebut mengherdik Firdaus. Suaranya keras sekali, badannya bersedia untuk menerkam Firdaus. Tetapi Firdaus tenang sahaja, kerana perkara tersebut menjadi kebiasaan semasa beliau pergi kerumah-rumah untuk menyampaikan dakwah. Malah beliau sendiri pernah hampir ditumbuk orang, gara-gara orang tua tersebut tidak mahu menyukai nasihat yang disampaikannya.

“Mengapa saya perlu ketepi? Cuba pak cik berikan sebab. Kalau sebab pakcik munasabah, saya akan ketepi” kata Firdaus yang cuba berunding.

Tanpa menunggu lebih lama, orang tua itu melepaskan dua tumbukan yang mengenai perut dan mukanya. Lalu Firdaus jatuh menyembah bumi. 

Orang berbadan gempal bernama Murad yang duduk di sebelah Firdaus sebentar tadi bangun dari tempat duduknya, lalu memegang orang tua tersebut. Kalau hendak dibandingkan tubuh orang tua itu dengan tubuh Murad memang jauh berbeza.

“Pakcik jangan nak melampau. Ni kan tempat orang ramai. Malu la sikit..” kata Murad setelah menarik orang tua itu dengan sebelah tangannya sahaja.

“Kau jangan nak masuk campur hal keluarga aku” Orang tua tersebut sedikit gementar, tetapi dia masih tidak mahu mengalah.

“Dia ni anak pakcik?” kata Murad, riak wajahnya selamba sahaja.

“Ya, dia anak aku, dia lari dari kereta masa aku isi minyak tadi.” Suara orang tua tersebut masih lagi kuat, tapi tidak sekuat tadi. Mungkin keletihan agaknya berlari dari stesyen minyak yang terletak kira-kira 500 meter dari Stesen Bas tersebut.

“Kenapa dia lari pula?” soal Murad.

“Siapa kau nak tanya macam polis? Kau jangan banyak tanya. Dia tu anak aku, tau la aku nak uruskan keluarga aku.” orang tua tersebut menengking Murad.

“Ai mana pak cik tau saya polis? Saya dari IPD Bukit Aman” kata Murad sambil menunjukkan pengenalan diri Polis. Orang tua tersebut terdiam sebentar mengatur ayat. Dalam masa yang sama Firdaus sudah boleh bangun, tetapi dia menahan senak perutnya. Kalau tidak memikirkan untuk menghormati orang tua. Sudah lama tubuh di hadapannya itu dikerjakan seperti patung yang tidak bernyawa.

“Sekarang boleh saya tahu apa yang terjadi sebenarnya?” tanya Murad. Peluh terpancar di dahinya dilap dengan menggunakan sapu tangan yang diletakkan di belakang seluar Slacks Khakinya.

“Saya dalam perjalanan nak ke rumah bakal suami dia ni. Semasa berhenti isi minyak, saya nak ke tandas. Tiba-tiba, dia lari keluar dari kereta lalu saya kejar dia sampai ke sini.” Cerita orang tua tersebut suaranya tersekat-sekat, setelah penat menjerit.

“Jadi kalau yang perempuan ni anak pakcik. Lelaki ini siapa?” Soal Murad.

“Entah.. Encik tanya la dia” kata orang tua tersebut sambil mengelap peluh di mukanya. Lalu Murad memandang Firdaus.

“Saya Firdaus, suami dia” kata Firdaus yang memahami isyarat Murad. Telinga orang tua tersebut menjadi merah mendengar jawapan Firdaus.

“Mana boleh kau jadi suami dia. Penipu..!!” jerit orang tua itu.

“Saya ada bukti. Kami bernikah pada 21.10.2008, di Masjid Ubudiah. Ini salinan surat nikahnya”. Lalu Firdaus mengeluarkan sijil nikah milik abang. 

“Azhar… Jamilah.. Tak ada nama Firdaus pun” Kata Murad apabila membaca surat akuan nikah tersebut.

“Nama saya, Muhammad Firdaus @ Azhar bin Dr. Hj. Syamsul Najmi. Ni IC saya” lalu Firdaus mengeluarkan IC miliknya. kebetulan sememangnya dia meletakan @ Azhar, sempena mengingati arwah abangnya.

“Mana boleh. Aku jaga anak aku betul-betul. Masakan dia boleh kahwin dengan kau.?” Jerit orang tua itu lagi. Dia tidak berpuas hati.

“Pon…! Pon..!!” Tiba-tiba sebuah kereta Iswara hitam membunyikan hon. Lalu pemandunya turun dari kereta untuk mendapatkan Firdaus.

“Daus, kenapa ni?” tanya Jefri yang merupakan Pakcik Firdaus yang datang untuk menjemputnya pulang.

“Pak cik, diorang tak percaya yang saya dah bernikah dengan Milah.” Kata Firdaus seperti merengek meminta simpati. 

“Aku tak pernah walikan anak aku untuk bernikah.” Jerit orang tua tersebut seperti orang gila.

“Kami guna khidmat wali hakim” kata Firdaus membalas pernyataan orang tua tersebut.

Jefri terkejut mendengar jawapan Firdaus. Bila masa pulak si Daus ni bernikah? Nak pegi beli sependa pun aku yang belikan. Mungkin ada sesuatu kot. Jefri menggaru-garukan kepala, lalu ternampak surat Nikah milik Azhar, arwah anak saudaranya. 

“Encik ni, siapa?” Jefri bertanya tentang orang yang memegang surat akuan nikah milik anak saudaranya itu.

“Saya Sarjan Murad dari IPD Bukit Aman” kata Murad sambil menunjukkan pengenalan polis dari dompetnya.

“Encik, dia ni anak saudara saya. Sayalah saksi mereka nikah.” Kata Jefri .

“Jadi betullah anak pak cik ni dah bernikah.” Murad mulai percaya kepada kata-kata Jefri.

“Aku takkan benarkan kau bawa anak aku.” Orang tua tersebut masih tidak mahu mengalah. Lalu dia cuba untuk menarik tangan anak perempuannya itu.

“Kalau pakcik tak berhenti menganggu anak saudara saya dan isteri dia, saya akan saman pak cik. Jom Daus, jumpa jugak bini kau kat sini.” Jefri masih lagi pertahankan anak saudaranya.

“Jahannamm….!!” Orang tua yang bermisai tebal tersebut menghempaskan songkoknya. Orang keliling yang memerhati kejadian tersebut hanya menggelengkan kepala sahaja.

Deruman enjin Iswara Hitam itu menjadi tumpuan orang ramai, sebelum kereta tersebut meluncur laju meninggalkan Stesyen Bas Alor Gajah.

“Awak dah selamat..” kata Firdaus sambil menjeling cermin belakang. Jamilah cuma menunduk malu. Dia tidak tahu apa perlu dilakukan dan tidak tahu tempat yang hendak ditujui. Dia tiada saudara, melainkan keluarganya sahaja. Saudara yang lain semua berpindah dan tinggal di luar negara. 

Kenapa agaknya dia diam sahaja. Dia mungkin ada saudara rapat kat sini. “Awak nak turun kat mana?” tanya Firdaus.

“Saya tiada saudara terdekat di sini.” Kata Jamilah perlahan.

What, how come she doesn’t have any nearby family? Emm… 

“Jadi saudara awak tinggal di mana? atau mungkin awak nak pergi rumah kawan-kawan awak? Kami boleh hantarkan” Jefri cuba menawarkan diri untuk menghantar Jamilah.

“Saya tiada saudara di sini, maksud saya di Malaysia ” Jamilah merenung jauh. Dia rasa mahu keluar dari tempat ini dan mulakan hidup baru.

Hah, mana mungkin. Takkan la.. getus Jamilah.

“Saudara saya kebanyakannya tinggal di luar negara. Mereka sambung belajar dan tinggal di sana ” kata Jamilah

Oh.. kira dia ni orang berada la jugak.. 

“ Malam ni awak ni nak tinggal di mana??”

“Saya tak tahu.” Dia mengaru-garu kepalanya yang masih ditutup rapi dengan tudung yang dipakainya.

Jefri dan Firdaus juga ligat memikirkan keadaan Jamilah. Mereka buntu dan perasaan serba salah menyelubungi mereka. Kereta Iswara hitam terus melucur sehingga melalui tol yang akan membawa mereka ke lebuh raya Pedas - Linggi. Jefri memberhentikan kereta.

“Awak ada nak pergi mana-mana tak sebelum kita keluar dari kawasan Simpang Ampat ni?” tanya Jefri.

“Saya tak tahu nak pergi mana. Firdaus, awak nak pergi mana?” tanya Jamilah malu-malu. Mukanya kemerahan, dia jarang bercakap dengan lelaki, inikan pula hendak meminta bantuan dari lelaki.

Erk.. kenapa tanya aku pulak.. “Saya nak balik rumah.” Kali ini dia menoleh ke belakang.

“Saya nak ikut” mata mereka bertentangan tetapi Jamilah terus tundukkan pandangan.

Pemalu orangnya.. merah abis. Eh.. dia nak ikut aku? Macam mana ni? Ape aku nak cakap dengan mak dan abah? Ah.. kusut pulak kepala aku. Takkan nak biar dia tinggal dengan pak cik Jefri, dia duduk rumah bujang.

“Awak ni betul ke nak ikut saya?” Firdaus melihat gadis tersebut seolah-olah nekad untuk pergi dari sini. 

Jamilah diam sahaja. “Macam mana dengan ibu bapa awak? Nanti diorang risau.”

“ Kan awak kata awak ni suami saya. Jadi saya rasa ibu bapa saya kurang risau. Sebab dah ada yang menjaga saya.” Petah mulut Jamilah bercakap, dia cuba berkias dan masih lagi mengharap seorang lelaki menjadi tempat perlindungannya.

Aduh.. kata-kata aku makan diri aku balik. Kenapa aku buat begitu. Emm.. tapi…

“Ah, betul lah tu. Sekarangkan dia bini kau. Jadi kena la ikut kau balik rumah, kenalkan kat mak abah.” Senda Jefri sambil ketawa kecil. Kereta Iswara Hitam mula meluncur laju meninggalkan Simpang Ampat. Jamilah kembali melihat pemandangan di luar.

“Tapi.. saya dengan dia belum nikah pun..” Celah Firdaus dalam tawa Jefri yang tidak berbunyi. Dia cuma tersengih sahaja. Jamilah dapat melihat dengan jelas Firdaus membisikkan sesuatu kepada Jefri. Perkara tersebut membuatkan Jefri ketawa mengekek.

Ruang rumah kelihatan begitu sunyi walaupun kesemua ahli keluarga Firdaus ada di situ. Television yang memaparkan berita jam 8 malam dibiarkan tidak bersuara. Semuanya diam sambil memerhatikan Jamilah yang duduk seperti hendak di temu duga layaknya.

“Mintak maaf kerana mengganggu keluarga pak cik dan mak cik. Saya betul-betul terdesak.” Kedua orang tua Firdaus berpandangan seasama sendiri. Suaranya yang halus memukau mereka.

“Mintak maaf pak cik nak tanya sikit. Macam mana Jamilah ni jumpa Firdaus?” tiba-tiba Syamsul tanya memecah kesepian rumah tersebut.

“Entah katanya bini si Daus.” Jawab Jefri tanpa disuruh. Seluruh isi rumah itu tercengang mendengar pernyataan tersebut. Serta merta muka Jamilah yang putih melepak itu merona merah.

“Jangan dengar cakap pak cik tu, mengarut je.” Firdaus menerangkan perkara sebenarnya.

“Kejap ya, mak cik nak buat air kat belakang.. Abang jom tolong sekali.” Anis ajak Syamsul untuk berbincang sesuatu di dapur. Setelah beberapa minit kemudian mereka keluar dengan sedulang cawan dan air teh. 

Kedua-dua ibu bapa Firdaus bersetuju untuk membiarkan Jamilah tinggal di rumah tersebut tetapi dengan beberapa syarat.

Jamilah termenung melihatkan syarat-syarat tersebut. Dia senyum simpul membacanya..


bersambung...



Karya: Mohd Isa Abdul Rahman

1 ulasan:

Unknown berkata...

aper kesudahan crita nie?